Tentang Penulis

Ann Wan Seng dilahirkan pada tahun 1968 di Klang, Selangor dalam sebuah keluarga beragama Buddha.
Mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaya pada 1991, seterusnya Ijazah Sarjana Antropologi dan Sosiologi dari universiti yang sama pada 1993.
Beliau memeluk Islam pada tahun 1996.
Kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).
Beliau aktif menulis pelbagai buku dalam bidang dakwah, kebudayaan Cina dan perniagaan.
Beliau juga aktif menjalankan aktiviti ceramah motivasi bisnes dan keagamaan.